Pusat Sebaran Maklumat Nasiona (NADI) Taman Harmoni, Selangor mengucapkan Selamat Datang kepada anda yang sudi melawat laman portal kami. Pusat Sebaran Maklumat Nasiona (NADI) merupakan program usahasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan TM Berhad yang bertujuan merapatkan jurang digital dikalangan komuniti setempat. Bagi menjayakan projek ini, MSD Digital Intelligence diberi mandat untuk melaksanakannya.
Sejarah pembukaan Pusat Sebaran Maklumat Nasiona (NADI) bermula dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK). Pusat ini mempunyai peralatan IT dan komputer yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet. Kemudahan ini membolehkan komuniti luar bandar menikmati kemudahan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar. Setiap Pusat Sebaran Maklumat Nasiona (NADI) juga menyediakan latihan ICT kepada semua yang berdaftar sebagai ahli. Selain itu, Pusat Sebaran Maklumat Nasiona (NADI) juga menyediakan kemudahan printing, scanning, laminate, binding dan zon internet tanpa wayar (wifi zone) khas untuk penduduk luar bandar.
Sebanyak 20 buah komputer disediakan untuk kemudahan pengguna di Pusat Sebaran Maklumat Nasiona (NADI). 10 buah digunakan untuk kemudahan orang ramai, manakala 10 buah disediakan di bilik latihan untuk kegunaan latihan, bengkel selain memberi latihan keusahawanan kepada para usahawan.