HOMESTAY
Bagi pengunjung yang ingin mendapatkan suasana penginapan yang tenang dan mendamaikan, penginapan di homestay tentunya pilihan yang terbaik jika berkunjung ke Banting. Salah satunya adalah Homestay Kampung Endah di Banting, Selangor yang menyajikan pemandangan yang mempesonakan dan jauh daripada kesesakan bandar.
Dengan jarak kira-kira 30 minit dari pekan Banting, Kampung Endah merupakan antara kampung yang paling popular dengan tarikan inap desanya yang menjadi pilihan bukan sahaja pengunjung tempatan tetapi juga pelancong antarabangsa.
Paling membanggakan, Homestay Kampung Endah menerima pencapaian Kampung Terbaik Negeri Selangor, Kampung Terindah Negeri Selangor, johan pertandingan halaman indah, johan pertandingan kampung terindah dan Anugerah Kategori Homestay Malaysia yang pernah dianjurkan kerajaan negeri Selangor, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.
1. PANTAI MORIB
Bagi mereka yang tinggal di Kuala Lumpur atau Selangor, Pantai Morib adalah salah satu pantai yang menjadi tumpuan untuk dilawati di hujung minggu bersama keluarga. Terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan di Pantai Morib antaranya surau, tandas awam, medan selera, laluan pejalan kaki dan taman permainan kanak-kanak. Lebih menarik lagi, dataran untuk berjalan kaki ini panjangya sekitar 400 meter dan tentunya menarik untuk dikunjungi sambil menikmati pemandangan air laut.
Penginapan :
Bagi yang berkunjung ke Pantai Morib, tempat penginapan disediakan untuk pengunjung menginap antaranya Gold Coast Morib Resort yang menawarkan perkhidmatan penginapan dengan tema air. Selain itu, terdapat juga penginapan lain yang paling hampir dengan pantai iaitu Hotel Sri Morib dan Impian Morib Hotel.
2. Pantai Batu Laut
Pantai yang terletak di pertengahan antara Pantai Morib dan Pantai Cunang, Tanjung Sepat adalah Pantai Batu Laut. Pantai ini menjadi salah satu tempat menarik yang boleh dilawati di Kuala Langat. Menariknya, pantai ini menyediakan pelbagai kemudahan antaranya pemandangan yang cantik, tempat bermainnya perahu layar, kemudahan taman permainan, berjogging dan kedai makan. Pantai ini kebanyakkannnya paya bakau yang diselingi dengan lumpur kelabu dan pantai pasir yang lembut.
Pantai Batu Laut lebih popular dengan Pusat Latihan Perahu Layar yang diajar oleh tenaga pengajar yang professional. Pantai ini menjadi tumpuan penduduk setempat terutamanya pada hujung minggu untuk melihat sesi latihan yang diadakan di situ. Peserta perahu layar disini adalah dibawah naungan Persatuan Perahu Layar Selangor.
3. EL-AZZHAR CAMP
El-Azzhar Camp ditubuhkan pada 1996, merupakan sebuah kem yang terletak di Morib, Banting. Kem ini adalah suatu pusat latihan yang unik lagi menyegarkan yang terletak di persisiran Pantai Morib. Di kem ini disediakan tempat penginapan dimana pelanggan boleh memilih untuk menginap di Dorm atau Chalet yang telah disediakan. Bagi pengunjung yang datang bersama keluarga bolehlah menginap di Chalet manakala Dorm bersesuaian untuk sebarang seminar, latihan, hari keluarga dan lain-lain yang bilangan pengunjungnya antara 100 orang hingga 200 orang. Menarik lagi, disediakan pelbagai aktiviti lasak antaranya abseiling, flying fox, jungle trekking dan pelbagai lagi yang boleh disertai oleh penggemar aktiviti lasak.
4. MORIB COCOUNUT GROVE
Morib Coconut Grove mengekalkan rupa asal dan nostalgia rumah kayu dari tahun 1960-an. Nikmati memetik pelbagai sayur-sayuran segar dari ladang dan keenakan air kelapa apabila mengunjungi homestay ini. Lokasi ini juga terletak hanya 2KM dari pantai Morib. Dengan penginapan kampung yang mesra alam, dengan mengunjungi homestay ini dapat menyegarkan minda dan jiwa daripada kehidupan seharian yang sibuk.
Sumber: https://www.facebook.com/moribcoconutgrove