SELAMAT DATANG KE PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI) TAMAN HARMONI

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Taman Harmoni merupakan projek kerajaan Malaysia dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.

 

 OBJEKTIF PENUBUHAN :
  • Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan
  • Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet.
  • Meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di Maklumat Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI).
  • Merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.
  • Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan.

 

 PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN :
 
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Taman Harmoni menawarkan latihan ICT secara percuma kepada semua pengguna yang telah mendaftar sebagai ahli. Antara latihan yang disediakan ialah :
 
  • Pengenalan asas komputer
  • Asas internet
  • Aplikasi elektronik (e-kerajaan, e-pembelajaran, e-dagang)
  • Desktop publishing seperti Microsoft Office (atas permintaan)
  • Latihan keusahawanan
 

Perkhidmatan-perkhidmatan lain yang disediakan:

Printing/Fotostat

Binding/Laminate

Perkhidmatan penggunaan komputer dan internet

 

WAKTU OPERASI PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI):

ISNIN - AHAD (SETIAP HARI)       :9.00 pagi - 6.00 petang
 
HARI PELEPASAN AM                   :Tutup
 
REHAT                                       :1.00 petang - 2.00 petang
 
                                                          :12.30 tengahari - 2.30 petang (Jumaat)
 
 
 KENALI PETUGAS NADI :

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) diselia oleh dua orang petugas. Untuk menjadi petugas NADI, kami harus melalui beberapa proses sebelum secara sah dilantik menjadi petugas NADI dan menggalas tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan. Kenali kami iaitu petugas Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Taman Harmoni.

 
PENGURUS
 
 
 WhatsApp Image 2022-02-10 at 12.00.39 PM 
 
Nama : Puan Nuraysha binti Nordin
Mula berkhidmat : 25 September 2010
 
 
PENOLONG PENGURUS
 
 
Nama : Puan Naemah binti Shahidan
Mula berkhidmat : 7 Oktober 2024