Puan Azizah merupakan seorang usahawan produk makanan yang menghasilkan sejenis maruku. Maruku yang dihasilkan telah ditambah baik menjadi maruku bijan. Dengan menambak baik produk beliau, beliau mempunyai keinginan untuk memasarkan produk yang telah dihasilkan sendiri. Lokasi pembuatan maruku dijalankan di rumahnya sendiri. Namun, beliau menitikberatkan soal kebersihan dan kualiti dalam menghasilkan produk maruku bijan. Diharap dengan sokongan dan dokongan dari ahli keluarga, pihak yang berkenaan dapat mengembangkan lagi produk Puan Azizah iaitu MARUKU BIJAN CIKZAH

Produk keluaran Puan Azizah pada masa ini hanyalah Maruku Bijan tetapi mempunyai pelbagai jenis pakej Maruku Bijan dengan harga yang berpatutan antaranya 200gram(RM 7.00), 400gram (RM 14.00), 500gram (RM 17.50) dan 1kg (RM 34.00). Buat masa ini, Puan Azizah belum mempunyai akaun perniagaan dalam talian dan bagi yang berminat untuk mencuba dan membeli produk MARUKU BIJAN CIKZAH, boleh hubungi beliau DISINI

 

 

 

 

atau anda juga boleh membeli di 

 

 ______________________________________________________________________________________________ 

FAZZ INDUSTRIES SDN BHD (FAZZ)

KEREPEK FAZZ 1          KEREPEK FAZZ 2

 

KEREPEK FAZZ 3          KEREPEK FAZZ 4

 

Peneraju perniagaan kerepek terkenal di Banting, Fazz Industries Sdn Bhd (Fazz) mengeluarkan kerepek Fazz yang diusahakan sejak 36 tahun lalu.  Pemiliknya adalah suami isteri yang berasal dari Banting, Selangor.

Pengurusnya, iaitu Fazzly Mahmudin berkata ayahnya yang juga pengasas kerepek Fazz membuat kerepek sendiri untuk makan sendiri dan dinikmati bersama rakan-rakan ditempat kerja.  Selepas merasai kerepek tersebut, rakan-rakan ayahnya mulai membuat tempahan.  Di situ bermula perniagaan kerepek dan mula membungkus dalam saiz yang kecil.  Beliau diamanahkan oleh ayahnya untuk menguruskan perniagaan kerepek Fazz di Banting pada tahun 2003.  

Antara kerepek yang terdapat di kerepek Fazz adalah:

- Kerepek pisang

- Kerepek ubi kayu

- Kerepek ubi pedas basah

- Pisang salai crispy

 

Bagi yang berminat untuk mendapatkan kerepek Fazz, boleh hubungi:

Nombor Tel: 03-31813076

Alamat : Kerepek FAZZ, Lot 1454, Jalan Cempedak, Off Jalan Besar Sungai Lang, Kanchong Darat, 42700 Banting, Selangor.

 

Alamat e-mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Facebook       : https://www.facebook.com/kerepekfazz?locale=ms_MY

 

Sumber/Gambar Ihsan : 

https://www.facebook.com/kerepekfazz

https://www.sinarharian.com.my/article/112881/bisnes/produk-kerepek-dari-banting-masyhur