Tarikh 4 November 2023
Masa 9.00 A.M - 2.00 P.M
Tempat PEDi Taman Harmoni
Peserta Terbuka

 

 

 

Tujuan:

Tujuan Mini Hari Terbuka Bersama Komuniti 2023 ini dijalankan adalah untuk mempromosikan PEDi Taman Harmoni disamping dapat merapatkan hubungan di antara PEDi Taman Harmoni dan juga komuniti setempat dan agensi yang terlibat dalam menjayakan program MHBK 2023. Tambahan, secara tidak langsung komuniti setempat diharap mendapat manfaat daripada inisiatif yang disediakan oleh kerajaan.

 

Aktiviti:

Program MHBK 2023 ini telah berjalan dengan pelbagai aktiviti iaitu:

  1. Pendaftaran keahlian baru PEDi Taman Harmoni – Percuma bagi 20 pengunjung terawal mendaftar
  2. Taklimat advokasi
  3. Kelas Keusahawanan (Shopee Mastery)
  4. Kata alu-aluan oleh Pengurus PEDi
  5. Peranti lama nafas baru (KITAR)
  6. Kuiz ICT – Speedy Typing (Dewasa lelaki & Wanita)
  7. Pertandingan mencipta poster menggunakan CANVA (Terbuka)
  8. Pertandingan mewarna kanak-kanak
  9. Pertandingan teka silang kata (Dewasa)

Selain itu program MHBK 2023 turut disertakan talimat dan pembukaan Kaunter Bergerak Pendaftaran Perniagaan (KBPP) oleh agensi jemputan iaitu Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Selain itu program dimeriahkan lagi dengan pameran oleh agensi jemputan AirAsia Academy.

Program diserikan lagi dengan acara terakhir iaitu penyampaian hadiah dan cabutan bertuah kepada semua yang hadir. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang sudi meluangkan masa untuk memeriahkan program MHBK 2023 dan diharap program yang dijalankan ini dapat merapatkan hubungan antara PEDi Taman Harmoni dengan komuniti setempat dan agensi yang terlibat. Semoga dapat kita bertemu lagi pada program akan datang.

Gambar Disini

_______________________________________________________________________________________________________________________________________________

 

 

 Tarikh  22 Oktober 2023
 Masa  11.00 A.M - 12.00 P.M
 Tempat  PEDi Taman Harmoni
 Peserta  1 Orang

 

Tujuan:

STEM adalah merupakan singkatan kepada bidang Sains, Teknologi, Enginering dan Matematik.

"Internet of Things" atau pun lebih mudah dikenali sebagai IoT merupakan topik yang sering menjadi bualan sekarang. Ianya merupakan satu konsep yang mempunyai potensi dalam mempengaruhi bagaimana kita hidup dan juga bagaimana kita bekerja.

 

Aktiviti:

1. Menguji kecekapan dan kompetensi untuk meneroka, menyelesaikan masalah, mereka bentuk dalam bentuk permainan atas talian

2. Kemahiran proses melibatkan kemahiran proses sains, kemahiran proses matematik, kemahiran reka bentuk dan kemahiran pemikiran komputasional.

3. Kemahiran teknikal pula adalah kemahiran yang melibatkan psikomotor yang merangkumi kemahiran manipulatif, kemahiran pengurusan dan pengendalian bahan, alatan dan mesin dengan cara yang betul dan selamat.

Gambar Disini

_____________________________________________________________________________________________________________________________________

 Tarikh  22 Oktober 2023
 Masa  9.00 A.M - 10.00 A.M
 Tempat  PEDi Taman Harmoni
 Peserta  1 Orang

 

Tujuan:

Aktiviti ini bertujuan untuk mengajar peserta untuk membuat surat rasmi. Ini dapat melatih peserta untuk menaip dan menggunakan komputer 

 

Aktiviti:

Petugas menerangkan dan mengajar peserta cara untuk membuat surat rasmi menggunakan Microsoft Word

Gambar Disini

____________________________________________________________________________________________________________________________________________________

 Tarikh  22 Oktober 2023
 Masa  10.00 A.M - 11.00 A.M
 Tempat  PEDi Taman Harmoni
 Peserta  1 Orang

 

Tujuan:

STEM adalah merupakan singkatan kepada bidang Sains, Teknologi, Enginering dan Matematik.

"Internet of Things" atau pun lebih mudah dikenali sebagai IoT merupakan topik yang sering menjadi bualan sekarang. Ianya merupakan satu konsep yang mempunyai potensi dalam mempengaruhi bagaimana kita hidup dan juga bagaimana kita bekerja.

 

Aktiviti:

1. Menguji kecekapan dan kompetensi untuk meneroka, menyelesaikan masalah, mereka bentuk dalam bentuk permainan atas talian

2. Kemahiran proses melibatkan kemahiran proses sains, kemahiran proses matematik, kemahiran reka bentuk dan kemahiran pemikiran komputasional.

3. Kemahiran teknikal pula adalah kemahiran yang melibatkan psikomotor yang merangkumi kemahiran manipulatif, kemahiran pengurusan dan pengendalian bahan, alatan dan mesin dengan cara yang betul dan selamat.

Gambar Disini

_____________________________________________________________________________________________________________________________________

 Tarikh  21 Oktober 2023
 Masa  11.00 A.M - 1.00 P.M
 Tempat  Google Meet
 Peserta  Terbuka

 

Tujuan:

Membincangkan Perihal Remaja Masa Kini (Kesihatan Reproduktif) dan mempelajari basic sign language.

 

Aktiviti:

1. Ice breaking/Energizer
 
2. Membincangkan Perihal Remaja Masa Kini (Kesihatan Reproduktif)
 
3. Mempelajari basic sign language
 
______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________