Tarikh  1 September 2024
 Masa  10.00 A.M - 1.00 P.M
 Tempat  NADI Taman Harmoni
 Peserta  7 Orang

 

Tujuan:

Meningkatkan kemahiran permainan, memperkukuhkan kerjasama berpasukan, mengenalpasti bakat baru, dan menggalakkan aktiviti sihat di kalangan belia melalui pendekatan yang berfokus kepada strategi dan teknik terkini.

 

Aktiviti:

1. Latihan Strategi dan Taktik: Sesi perbincangan dan praktikal untuk memahami peta permainan, pemilihan hero, dan strategi pasukan yang efektif.

2. Simulasi Pertandingan: Mengadakan perlawanan latihan antara pasukan untuk mengasah kemahiran individu dan meningkatkan koordinasi pasukan dalam situasi pertandingan sebenar.

3. Analisis Permainan: Menonton dan menganalisis rakaman permainan profesional atau sesi permainan yang dijalankan untuk mengenalpasti kekuatan dan kelemahan, serta memperbaiki teknik dan keputusan permainan.

 

 

Gambar Disini

___________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Tarikh  18 Ogos 2024
 Masa  10.00 A.M - 1.00 P.M
 Tempat  NADI Taman Harmoni
 Peserta  22 Orang

 

Tujuan:

Mengenal pasti dan mencungkil bakat baharu di kalangan pemain muda, meningkatkan kemahiran mereka dalam suasana kompetitif, serta menggalakkan kerjasama, komunikasi, dan semangat kesukanan dalam pasukan. Di samping itu, pertandingan ini berfungsi sebagai platform untuk memupuk minat dalam industri eSports yang sedang berkembang pesat, sambil memperkukuh hubungan antara peserta dan komuniti setempat, serta memberi peluang kepada pemain untuk diiktiraf dan mewakili NADI Taman Harmoni di peringkat yang negeri Selangor.

 

Aktiviti:

1. Pertandingan utama berlangsung dengan pasukan bertanding dalam format liga untuk menentukan pemenang. Kiraan mata menang (3), kalah (0) telah digunakan untuk mengira mata pemenang.
2. Pertandingan yang dilakukan secara Best Of (BO) 1 untuk setiap perlawanan liga yang dijalankan.

3. Empat kumpulan telah bertanding untuk merebut peluang menjadi juara Esport Tournament Mobile Legends NADI Taman Harmoni. Pemenang tempat pertama adalah The Cargon, yang seterusnya akan menjadi wakil bagi NADI Taman Harmoni.

 

Syabas & Tahniah Kami Ucapkan !

 

Gambar Disini

____________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Tarikh  10 Ogos 2024
 Masa  10.00 A.M - 11.00 A.M
 Tempat  NADI Taman Harmoni
 Peserta  2 Orang

 

Tujuan:

STEM adalah merupakan singkatan kepada bidang Sains, Teknologi, Enginering dan Matematik.

"Internet of Things" atau pun lebih mudah dikenali sebagai IoT merupakan topik yang sering menjadi bualan sekarang. Ianya merupakan satu konsep yang mempunyai potensi dalam mempengaruhi bagaimana kita hidup dan juga bagaimana kita bekerja.

 

Aktiviti:

1. Menguji kecekapan dan kompetensi untuk meneroka, menyelesaikan masalah, mereka bentuk dalam bentuk permainan atas talian

2. Kemahiran Proses melibatkan kemahiran proses sains, kemahiran proses matematik, kemahiran reka bentuk dan kemahiran pemikiran komputasional.

3. Kemahiran teknikal pula adalah kemahiran yang melibatkan psikomotor yang merangkumi kemahiran manipulatif, kemahiran pengurusan dan pengendalian bahan, alatan dan mesin dengan cara yang betul dan selamat.

 

Gambar Disini

____________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Tarikh  10 Ogos 2024
 Masa  11.00 A.M - 12.00 P.M
 Tempat  NADI Taman Harmoni
 Peserta  2 Orang

 

Tujuan:

Meningkatkan kemahiran menaip peserta agar mereka dapat menaip dengan lebih cepat dan tepat. Peserta akan belajar teknik menaip yang betul, menguasai susunan papan kekunci, dan meningkatkan kelajuan serta ketepatan menaip melalui latihan berterusan.

 

Aktiviti:

1. Peserta belajar cara meletakkan tangan dan jari dengan betul pada papan kekunci untuk menaip dengan lebih cepat dan cekap.

2. Peserta menjalani latihan menaip dengan bantuan aplikasi yang membantu meningkatkan kelajuan dan ketepatan menaip.

3. Peserta akan diuji kelajuan dan ketepatan menaip mereka melalui teks pendek dalam tempoh masa tertentu untuk mengukur peningkatan mereka.

Gambar Disini

____________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Tarikh  10 Ogos 2024
 Masa  9.00 A.M - 10.00 A.M
 Tempat  NADI Taman Harmoni
 Peserta  2 Orang

 

Tujuan:

Mengajar peserta menggunakan Tetikus dan kemahiran berfikir.

 

Aktiviti:

1. Mengajar peserta menggunakan mouse

2. Mengajar peserta berfikir menyelesaikan soalan kuiz

3. Menguji peserta soal jawab

4. Menguji peserta melalui quiz wordwall

 

Gambar Disini

____________________________________________________________________________________________________________________________________________________