Tarikh | 7 April 2022 - 8 April 2022 |
Masa | 9.00 A.M - 12.30 P.M / 9.00 A.M - 4.30 P.M |
Tempat | Google Meet / PEDi Taman Harmoni |
Peserta | 6 Orang |
Tujuan:
Google meet ini disertai oleh 6 orang peserta. Tujuan ianya diadakan untuk para peserta mempelajari pendaftaran kedai dalam talian iaitu Shopee dengan lebih mendalam.
Aktiviti:
Peserta telah diberikan tutorial cara mendaftarkan akaun kedai dalam talian Shopee. Aktiviti keduanya, peserta diberikan penerangan cara mempersiapkan profil kedai dengan lebih menarik dan memuat naik produk jualan ke dalam talian.
Tarikh | 8 April 2022 |
Masa | 9.30 A.M - 4.30 P.M |
Tempat | Pusat Eknomi Digital Kanchong Darat (PEDi) |
Peserta | 4 Orang |
Tujuan :
Bengkel ini dihadiri oleh 4 orang peserta yang merupakan Pengurus PEDi Kuala Langat. Tujuan bengkel ini adalah bertujuan untuk memberi penerangan secara terperinci tentang Modul Platform E-Dagang (Shopee). Matlamat utama bengkel ini juga adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta untuk menguasai sistem perniagaan secara dalam talian dan seterusnya dapat membantu komuniti setempat untuk memasarkan produk melalui platform Shopee.
Aktiviti:
Para peserta diberikan latihan secara praktikal oleh petugas untuk menguruskan kedai secara dalam talian antaranya memasukkan produk di Shopee, pemasaran dan penghantaran produk melalui platform Shopee. Peserta turut diberikan penerangan yang jelas mengenai kebaikan dan kelebihan sekiranya menggunakan platform Shopee untuk memasarkan produk.
Tarikh | 14 Mac 2022 - 21 Mac 2022 |
Masa | 9.00 A.M - 6.00 P.M |
Tempat | Pulse Grande Hotel, Putrajaya |
Peserta | 37 Orang |
Tujuan :
Latihan Tahunan Pusat 2022 ini diadakan bertujuan untuk memastikan petugas memahami tugasan, peranan dan tanggungjawab serta tatacara pengurusan kerja di Pusat Ekonomi Digital (PEDi).
Aktiviti :
Petugas diberikan penerangan dengan jelas menggunakan modul-modul pembelajaran yang telah disediakan. Ini akan memahirkan petugas untuk berkongsi ilmu dengan komuniti.
Tarikh | 24 Mac 2022 - 31 Mac 2022 |
Masa |
9.00 A.M - 6.00 P.M |
Tempat | Pulse Grande Hotel, Putrajaya |
Peserta | 37 Orang |
Tujuan :
Latihan Tahunan Pusat 2022 ini diadakan bertujuan untuk memastikan petugas memahami tugasan, peranan dan tanggungjawab serta tatacara pengurusan kerja di Pusat Ekonomi Digital (PEDi).
Aktiviti :
Petugas diberikan penerangan dengan jelas menggunakan modul-modul pembelajaran yang telah disediakan. Ini akan memahirkan petugas untuk berkongsi ilmu dengan komuniti.
Tarikh | : 5 April 2022 |
Masa | : 9.00 AM - 12.00 PM |
Tempat |
: PEDi Taman Harmoni/ Google Meet |
Peserta | : 2 Orang |
Tujuan :
Latihan pengukuhan dan pengurusan portal Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi).
Aktiviti :
Petugas PEDi Kampung Kundang membantu memberi latihan pengurusan portal kepada petugas PEDi Taman Harmoni dan PEDi Taman Tenteram.