FAZZ INDUSTRIES SDN BHD (FAZZ)

KEREPEK FAZZ 1          KEREPEK FAZZ 2

 

KEREPEK FAZZ 3          KEREPEK FAZZ 4

 

Peneraju perniagaan kerepek terkenal di Banting, Fazz Industries Sdn Bhd (Fazz) mengeluarkan kerepek Fazz yang diusahakan sejak 36 tahun lalu.  Pemiliknya adalah suami isteri yang berasal dari Banting, Selangor.

Pengurusnya, iaitu Fazzly Mahmudin berkata ayahnya yang juga pengasas kerepek Fazz membuat kerepek sendiri untuk makan sendiri dan dinikmati bersama rakan-rakan ditempat kerja.  Selepas merasai kerepek tersebut, rakan-rakan ayahnya mulai membuat tempahan.  Di situ bermula perniagaan kerepek dan mula membungkus dalam saiz yang kecil.  Beliau diamanahkan oleh ayahnya untuk menguruskan perniagaan kerepek Fazz di Banting pada tahun 2003.  

Antara kerepek yang terdapat di kerepek Fazz adalah:

- Kerepek pisang

- Kerepek ubi kayu

- Kerepek ubi pedas basah

- Pisang salai crispy

 

Bagi yang berminat untuk mendapatkan kerepek Fazz, boleh hubungi:

Nombor Tel: 03-31813076

Alamat : Kerepek FAZZ, Lot 1454, Jalan Cempedak, Off Jalan Besar Sungai Lang, Kanchong Darat, 42700 Banting, Selangor.

 

Alamat e-mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Facebook       : https://www.facebook.com/kerepekfazz?locale=ms_MY

 

Sumber/Gambar Ihsan : 

https://www.facebook.com/kerepekfazz

https://www.sinarharian.com.my/article/112881/bisnes/produk-kerepek-dari-banting-masyhur